Pages

Thursday, July 22, 2010

PENGEDARAN BROSUR HI-TEA

Alhamdulillah, pengedaran brosur Fundraising Hi-Tea sedang berjalan. Sesiapa yang berminat untuk membeli meja atau tolong cari penaja dijemput untuk menghubungi saya di talian 012-6081076 pada bila bila masa.

Thursday, July 15, 2010

FUND RAISING HI-TEA

Salam,
kumpulan syarikat Talent Group telah bersetuju untuk menjadikan CAKNe sebagai salah satu dari penerima dana (beneficiary) untuk program Hi-Tea yang akan diadakan pada 8hb Ogos 2010 di Bangi Golf Resort. Oleh itu marilah kita bersama sama membantu untuk mempromosikan jualan meja (kerusi pun boleh!) untuk majlis tersebut.

Bila dapat dana ni nanti insyaallah, CAKNe bercadang untuk melaksanakan dua projek;
1. Penyediaan komputer (broadband ready) untuk kegunaan ibubapa/ penjaga yang berada di wad Pediatric Oncology PPUKM (wad baru). Kemudahan ini akan membolehkan mereka mengakses internet bagi tujuan komunikasi & peningkatan ilmu tentang penyakit yang dihadapi oleh anak anak mereka.Untuk makluman, sebahagian dari mereka akan berada di wad dalam tempoh masa yang agak panjang tertutama untuk kes kes baru dan juga sekiranya mempunyai komplikasi. Ada yang kadang kadang berbulan bulan tinggal di wad!

2. Projek WAP (Ward Admission Pack)
CAKNe bercadang untuk menyediakan beberapa barang keperluan untuk pesakit & penjaga (biasanya ibulah) yang pertama kali masuk wad untuk memulakan rawatan. Selain dari keperluan asas seperti toileteries mereka juga akan memerlukan peralatan tertentu seperti bekas untuk menyukat minuman & kencing anak. Ya, kencing pun kena sukat dan direkodkan!
Penyediaan WAP ini diharapkan dapat membantu meringankan sedikit bebanan (terutamanya jiwa) ibubapa/ penjaga yang biasanya sedang berada dalam keadaaan yang agak tertekan kerana baru sahaja mengetahui yang anak kesayangan mereka sudah disahkan mengidap kanser! Sekurang kurangnya mereka tahu tentang CAKNe dan tahu bahawa ada kumpulan ibubapa yang telah mengalami situasi yang sama dan bersedia untuk membantu.

Berikut adalah brochure yang telah disediakan. Sila hubungi saya (012-6081076 atau mshahn9@gmail.com) untuk mendapatkan brochure (yang bercetak) & tiketnya. Seperti biasa tempat adalah terhad!



Thursday, July 8, 2010

Lawatan ke wad baru Pediatric Oncology PPUKM

Semalam kami bawa Nurul Islah ke PPUKM untuk rawatan & pemeriksaan susulan Fisioterapi, mata & juga gigi. Waktu makan tengah hari tu sempatlah melawat wad baru Pediatric Oncology sambil mengedarkan sedikit cenderahati (Goody bags untuk kanak kanak & sambal ikan bilis goreng untuk ibu/ penjaga!).

Wad baru ni terletak berhadapan wad yang lama di tingkat 4. Kebetulan masa tu Prof. Madya Dr. Hamidah (Ketua unit Pediatric Oncology) juga sedang melawat/ review pesakit. Beliau memaklumkan yang wad baru ini mempunyai 10 buah bilik pengasingan (Isolation Room) berbanding hanya 4 buah di wad lama. Dengan itu diharap masalah jangkitan akan dapat dikawal dengan lebih baik.


Prof. Hamidah (tudung biru)



Firdaus, pesakit baru....suka makan nasi ayam!



Islah tolak troli bawa goody bags



Islah bagi goody bag