Pages

Thursday, July 15, 2010

FUND RAISING HI-TEA

Salam,
kumpulan syarikat Talent Group telah bersetuju untuk menjadikan CAKNe sebagai salah satu dari penerima dana (beneficiary) untuk program Hi-Tea yang akan diadakan pada 8hb Ogos 2010 di Bangi Golf Resort. Oleh itu marilah kita bersama sama membantu untuk mempromosikan jualan meja (kerusi pun boleh!) untuk majlis tersebut.

Bila dapat dana ni nanti insyaallah, CAKNe bercadang untuk melaksanakan dua projek;
1. Penyediaan komputer (broadband ready) untuk kegunaan ibubapa/ penjaga yang berada di wad Pediatric Oncology PPUKM (wad baru). Kemudahan ini akan membolehkan mereka mengakses internet bagi tujuan komunikasi & peningkatan ilmu tentang penyakit yang dihadapi oleh anak anak mereka.Untuk makluman, sebahagian dari mereka akan berada di wad dalam tempoh masa yang agak panjang tertutama untuk kes kes baru dan juga sekiranya mempunyai komplikasi. Ada yang kadang kadang berbulan bulan tinggal di wad!

2. Projek WAP (Ward Admission Pack)
CAKNe bercadang untuk menyediakan beberapa barang keperluan untuk pesakit & penjaga (biasanya ibulah) yang pertama kali masuk wad untuk memulakan rawatan. Selain dari keperluan asas seperti toileteries mereka juga akan memerlukan peralatan tertentu seperti bekas untuk menyukat minuman & kencing anak. Ya, kencing pun kena sukat dan direkodkan!
Penyediaan WAP ini diharapkan dapat membantu meringankan sedikit bebanan (terutamanya jiwa) ibubapa/ penjaga yang biasanya sedang berada dalam keadaaan yang agak tertekan kerana baru sahaja mengetahui yang anak kesayangan mereka sudah disahkan mengidap kanser! Sekurang kurangnya mereka tahu tentang CAKNe dan tahu bahawa ada kumpulan ibubapa yang telah mengalami situasi yang sama dan bersedia untuk membantu.

Berikut adalah brochure yang telah disediakan. Sila hubungi saya (012-6081076 atau mshahn9@gmail.com) untuk mendapatkan brochure (yang bercetak) & tiketnya. Seperti biasa tempat adalah terhad!



No comments:

Post a Comment