Pages

PROFIL


A.      Siapa Kami?

    CAKNe-PPUKM adalah sebuah kumpulan sokongan (Support Group) untuk pesakit kanser kanak kanak yang mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) serta ahli keluarga mereka. Ia ditubuhkan pada penghujung tahun 2008 oleh beberapa orang ibubapa yang anak mereka mengidap kanser. Kumpulan ini kini adalah sebahagian dari rangkaian kumpulan sokongan pesakit kanser yang bernaung di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM).  

B.      Nama Penuh              :               Cancer Associates & Kindred Networking

C.      Nama Pendek           :               CAKNe

D.      Matlamat
a.       Membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan.
b.      Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka tentang penyakit yang dihadapi serta kaedah rawatan, kaedah penjagaan dan yang seumpamanya.
c.       Meningkatkan tahap kesediaan dan ketahanan pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka semasa sebelum rawatan, semasa sedang rawatan dan selepas rawatan.
d.      Menyediakan bantuan kewangan dan peralatan untuk pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka yang memerlukan berdasarkan merit dan kemampuan kewangan pertubuhan.
e.      Meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat tentang cara cara untuk menyokong pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka.
f.        Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak kanak khususnya dan penjagaan kesihatan secara umumnya.
g.       Meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan ahli khususnya dan anggota masyarakat amnya.

E.       Kumpulan Sasar
a.       Pesakit Kanser Kanak Kanak
b.      Ibubapa Pesakit
c.       Adik Beradik Pesakit


F.       Senarai Aktiviti Yang Telah/ Sedang Berjalan
a.       Majlis Solat Hajat dan Tahlil

·         Program ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan spiritual ibubapa dan ahli keluarga pesakit samada yang masih dirawat, tamat rawatan mahupun yang telah meninggal dunia.
·         Diadakan dalam jangkamasa 3-4 bulan sekali, ia juga berfungsi untuk meningkatkan silaturrahim ahli ahli CAKNe








b.      Lawatan ke wad

·         Program ini dikendalikan oleh sukarelawan sukarelawan berpengalaman bagi memberi sokongan kepada pesakit dan ibubapa yang menjaga mereka di wad.
·         Biasanya dijalankan semasa hujung minggu.
·         Selain aktiviti untuk kanak kanak (pesakit), ibubapa mereka juga disantuni bagi meningkatkan semangat mereka.
·         Biasanya sukarelawan juga akan membawa sedikit juadah pembuka selera pesakit dan ibubapa/ penjaga mereka.


c.       Program ‘Oh Yes! (Wishing Well)’

·         Program ini adalah bagi menyempurnakan hajat hajat tertentu pesakit individu
·         Program pertama adalah untuk menemukan adik Muhammad Hazim Husaini dengan pemain pemain bolasepak Selangor pada 23 Mei 2009 (keratan akhbar seperti dilampirkan)







d.      Program Pengurusan Stres

·         Program ini bertujuan untuk membimbing para ibu yang sedang berada di wad supaya dapat menangani tekanan perasaan yang tidak menentu melalui terapi berkumpulan
·         Diadakan setiap hari Rabu minggu pertama setiap bulan pada pukul 8 malam


e.      Sumbangan Kewangan

·         Bergantung kepada keadaan kewangan CAKNe
·         Setakat 31 Mei 2009, hanya mampu menyumbang RM 250 (setiap satu) kepada 3 keluarga yang sangat sangat kesempitan.


f.        Majlis Dialog Bersama Prof. Madya Dr. Hamidah Alias

·         Julung julung kali diadakan pada 22 April 2009
·         Bertujuan untuk meningkatkan kefahaman ibubapa tentang penyakit leukemia, kaedah rawatan dan penjagaan pesakit.






g.       Penyertaan dalam Forum Hari Ibu, Masjid Bandar Tun Razak (23 Mei 2009)

·         Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kanser kanak kanak dan keperluan mereka.






h.      Relay for Life  (29 Mei 2009)

·         Dianjurkan oleh National Cancer Society Malaysia di Kompleks MSN, Bukit Jalil.
·         CAKNe melibatkan diri dalam perbarisan, penganjuran aktiviti kanak kanak, ucapan pesakit kanser kanak kanak dan majlis solat hajat dan tahlil